♪DarLDeaR♪ ♫♥Micxhicoyukie♥♫

Saturday, July 3, 2010

♥KAMI MASIH SUPPORT SAIFUL APEK ♥

------,'<@

kita semua kene tahu, kita semua manusia
biasa..beza antara kita adalah adakah kita kenal die personally atau
kenal die dr kaca mate media atau sekadar lihat n ketawa dr TV..kepada
yg memberi semangat yg positive tu, saya turut bersama..come on,
belum pun jatuh Hukum, malah kite bukan Tuhan utk menghukum dia..syukur Alhamdulillah, dia dibebaskan dgn jaminan polis...

Akhbar Metro Harini,Saiful Apek : Dalam tahanan, saya dah kenal diri saya. saya kenal siapa sayang saya,siapa yg dengki. Utk berhadapan dgn org awam saya tak risau, sbb sy pentingkan majoriti org yg menyokong dan bukannya yg bersifat dengki.

Suara minoriti yg cuba melemahkan semangat perjuangannya itu tdak akan sesekali diendahkan.Saiful Apek sentiasa percaya, Allah Maha Kaya utk menentukan jatuh bangun dan rezekinya.

TABURLAH apa saja kata nista atau penghinaan terhadapnya, semua itu tidak pernah sesekali menakutkan Artis Komedi Popular, Saiful Apek, 41, untuk bertentang mata dengan masyarakat

"Ikhlas saya katakan, saya tidak layak dijadikan ikon atau contoh kerana ikon sejati ialah Rasulullah SAW. Tiada siapa yg dpt menggantikan tmpat baginda. "Dlm tempoh berehat itu, saya akn cuba berusaha utk melaksanakan impian yg saya peroleh ketika ditahan reman.Saya akan kembali masih ramai yg memerlukan saya dan... berasakan saya layak utk diberi sokongan,"katanya.

Saiful Apek Terharu, sebak kerana ramai peminat terus bagi sokongan.....


Buat peminat Apek, jgn risau sbb Saiful Apek takkan berhenti atau bersara dripada menghiburkan anda semua. Cuma buat masa ini dia ingin berehat seketika untuk meluangkan masa bersama keluarga yg selama ini kurang diberi tumpuan.Sama2lah kita doakan Apek supaya cepat kembali bertenaga dan bersemangat...insyallah..Amin..


*“16 tahun saya bagi contribution, buat orang gelak, buat kanak-kanak gembira. Tapi hanya ambil masa 16 minit untuk semua benda itu tak diingat orang” “Harta yang paling berharga untuk kita tinggalkan ialah apabila orang masih bercerita tentang kebaikan kita walaupun kita sudah tiada. Seperti kita bercerita tentang arwah P. Ramlee.”* SAIFUL APEK.....

''Semudah2 Amalan Mulia Ialah Memuliakan Sesama Manusia Semurah2 rezeki adalah pada mereka yg sentiasa bersyukur. Syurga adalah bagi mereka, yg sentiasa ingin memperbetulkan diri sendiri, dari mencari kesalahan dan menyalahkan orang lain''- SAIFUL APEK

No comments:

Post a Comment