♪DarLDeaR♪ ♫♥Micxhicoyukie♥♫

Tuesday, August 4, 2009



Hari terbuka Akademi Seni Budaya Isi Rimba


Hari terbuka Akademi Seni Budaya Isi Rimba akan diadakan pada 15hb hingga 18hb Ogos 2009. Sesiapa yang berminat dijemput hadir. Penyertaan adalah terbuka kepada semua. Sila bawa salinan kad pengenalan & jangan lupa untuk membawa sekali gambar separuh & penuh anda yang berukuran 4R.

Utk maklumat lanjut sila hubungi:
016-9085 309, 012-2321 454, 012-6355 022
013-277 7894, 012-927 2963, 019-243 3100

Akademi Seni Budaya Isi Rimba

Penuhi impian anda dengan mendaftarkan diri sebagai pelajar di
Akasemi Seni Budaya Isi Rimba.
Akademi Seni Budaya Isi Rimba merupakan kem ilmu yang menawarkan sijil di dalam bidang seni seperti lakonan, nyanyian, tarian, persembahan, penulisan skrip, penerbitan, penyiaran & banyak lagi. Ia terbuka kepada mereka yang benar-benar serius & minat.

Pengajian yang bukan sekadar melibatkan bidang teori tetapi juga praktikal dalam suasana yang penuh kreatif.

Tenaga pengajar Akademi Seni Budaya Isi Rimba terdiri dari mereka yang berkelayakan bukan sahaja dalam bidang akademik malah berpengalaman secara profesional dalam bidang seni lakonan, nyanyian dan sebagainya.

Pelajar dari Akademi Seni Budaya Isi Rimba bukan sahaja menimba ilmu yang ditawarkan malah akan diberi suntikan motivasi dari kem ini untuk terus berjuang dalam karier masing-masing dengan kualiti yang diserapkan malah berpeluang untuk membina kerjaya dalam bidang-bidang seperti perfileman, drama, teater, nyanyian & lain-lain yang berkaitan.

Pelajar program ini bukan hanya sekadar memperolehi kemahiran untuk berdikari dalam bidang yang diceburi malah berkemahiran untuk menjadi insan yang mempunyai jati diri yang kuat untuk meneruskan kehidupan yang penuh cabaran.

Rebutlah peluang yang ada untuk mengikuti program seni di Akademi Seni Budaya Isi Rimba pada harga yang minima.


2 comments: